LUAR NEGARA

Puluhan cedera dua kereta api penumpang bertembung

BRATISLAVA – Sekurang-kurangnya puluhan penumpang cedera selepas dua kereta api bertembung di kawasan Jablonov nad Turňou, selatan-timur Slovakia.

Kemalangan berlaku sekitar pukul 10 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia) di laluan antara bandar Rožňava dan Turňa nad Bodvou, kata ABC News yang memetik laporan AP.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Slovakia, kemalangan dipercayai berlaku apabila dua tren yang bergerak dari arah bertentangan bertembung di kawasan satu laluan.

Susulan kejadian, operasi menyelamat digerakkan dengan penyertaan pasukan bomba, ambulans dan helikopter perubatan.

“Semua penumpang telah dibawa keluar dari tren dan mereka yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan,” kata jurucakap kementerian itu.

Setakat ini, tiada kematian disahkan, namun dua penumpang dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca sebenar pelanggaran tersebut namun tidak menolak punca kejadian disebabkan oleh kecuaian manusia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button