Harapan mendarat di Gaza mungkin tidak kesampaian – Sany Arabi
SEPANG – Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) membayangkan kesemua 44 kapal konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) berkemungkinan besar tidak akan berjaya mendarat di pantai Gaza.
Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Halim berkata, berdasarkan corak tindakan rejim Zionis ketika ini, kapal-kapal flotilla itu sama ada cepat atau lambat pasti akan dipintas sebelum sampai ke destinasi.
“Saya membuat perangkaan bahawa keseluruhan kapal ini akan cepat ataupun lambat dipintas atau diarahkan mengikut laluan yang ditetapkan tentera Israel.
“Oleh kerana ini adalah misi bukan keganasan, kita terima dan berunding dengan baik melalui radio bersama pihak tentera Israel.
Malah mereka juga bercakap dengan baik dengan peserta kerana dunia sedang melihat situasi genting ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya tetap berharap misi ini serta fasa seterusnya dapat dilaksanakan tanpa sebarang tindakan ganas atau provokasi daripada tentera Israel.
“Apapun, kita tidak boleh terlalu selesa. Kita perlu menjangka kemungkinan lain yang mungkin timbul,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sani Araby berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima maklum balas rasmi daripada Israel berhubung status delegasi Malaysia.
“Kita jangkakan mungkin sedikit masa lagi akan ada proses rundingan. Harapan kita semua berjalan dengan baik,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








