Lawatan rasmi Mohamed Khaled ke Qatar perkukuh jalinan pertahanan
KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Qatar bagi memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
Mohamed Khaled berkata, beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha, semalam dan disambut wakil rasmi Kerajaan Qatar, Komander Tentera Udara Emiri Qatar, Mej Jen Mohamed Al Dosari; Duta Besar Malaysia ke Qatar, Faizal Razali, serta Atase Pertahanan Malaysia di Ankara, Kol Edafi Daud
“Lawatan ini bakal menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Qatar.
“MoU ini akan membuka lembaran baharu dalam memperkukuh hubungan strategik serta kerjasama pertahanan kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Baca juga : MINDEF tubuh Jawatankuasa Penapisan Perolehan pastikan integriti urus tadbir
Turut bersama dalam lawatan itu, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan, Mohd Yani Daud.
Mohamed Khaled berkata, beliau dijadualkan mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Negara bagi Hal Ehwal Pertahanan, Sheikh Saoud bin Abdulrahman bin Hassan bin Ali Al Thani.
Khaled berkata, kunjungan hormat itu akan diikuti dengan mesyuarat dua hala, sebelum beliau mengadakan lawatan rasmi ke Barzan Holdings, sebuah syarikat berkaitan industri pertahanan milik Kerajaan Qatar.
Semasa lawatan tersebut, turut dijadualkan berlangsung adalah pemeteraian MoU antara syarikat tempatan, Ingress Corporation Bhd dan Barzan Holdings yang akan disaksikan oleh Menteri Pertahanan kedua-dua buah negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








