JENAYAH & MAHKAMAH

Inkues Zara Qairina: Sesi ‘locus in quo’ di lokasi kejadian

PAPAR – Inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang masuk hari keenam, hari ini dimulakan dengan sesi ‘locus in quo’ iaitu prosiding luar mahkamah di sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.

Sebanyak tujuh kenderaan membawa kakitangan mahkamah bersama barisan peguam yang terbabit dalam inkues berkenaan tiba di sekolah berkenaan pukul 9.15 pagi tadi.

Selain hakim yang bertindak sebagai Koroner, Amir Shah Amir Hassan, turut dibawa dalam konvoi kenderaan terbabit adalah pasukan peguam, pemerhati dan saksi termasuk pakar patologi, Dr Jessie Hiu.

Terdahulu kenderaan terbabit bertolak dari Mahkamah Koroner di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu jam 8.45 pagi dan tiba di sini memasuki pintu utama sekolah diiringi kenderaan PDRM.

Sebelum itu, kenderaan membawa masuk pasukan pendakwa raya ke lokasi kejadian pula tiba jam 8.30 pagi.

Kenderaan yang membawa pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula tiba jam 7.29 pagi.

Sesi ‘locus in quo’ dijadual bermula 9.30 pagi selama kira dua hingga tiga jam sebelum kembali semula ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu bagi menyambung sesi prosiding pukul 2 petang nanti di Mahkamah Koroner.

Bagaimanapun mahkamah semalam dan pihak polis pagi tadi memaklumkan, media tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah semasa sesi ‘locus in quo’ berlangsung.

Semalam, mahkamah turut memaklumkan walaupun prosiding berlangsung di lokasi kejadian sesi persekolahan tetap berjalan seperti biasa di luar bangunan asrama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button