JENAYAH & MAHKAMAH

Inkues Zara Qairina: Arwah peramah, tidak tunjuk ada masalah mental – Saksi

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner diberitahu oleh saksi kanak-kanak kelima hari ini bahawa tindakan pelajar senior menegur atau memarahi secara keras merupakan amalan biasa dalam kalangan pelajar asrama dan tidak mencerminkan masalah serius terhadap mangsa.

Peguam yang mewakili ibu Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Sahlan Jufri berkata, saksi menjelaskan pelajar junior biasanya perlu melalui pengalaman itu kerana pelajar senior sebelum ini juga pernah mengalaminya.

“Saksi menyebut pelajar junior melalui pengalaman tersebut kerana mereka sebagai pelajar senior sebelum ini juga mengalaminya,” kata Sahlan mengulas prosiding di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan yang memasuki hari ke-16 hari ini.

Saksi ke-13 inkues itu juga memaklumkan bahawa dia rapat dengan geng ‘Circle 19’ iaitu 19 pelajar yang sering melakukan aktiviti bersama.

Kata-kata kasar seperti ‘bodoh’ dan ‘sial’ yang digunakan oleh salah seorang ahli ‘Circle 19’ terhadap Zara Qairina adalah dalam konteks bersama kawan-kawannya.

“Saksi juga mengambil inisiatif untuk mengenal pasti guru yang merampas telefon bimbit seorang pelajar pada pagi kejadian kerana penggunaan telefon tidak dibenarkan di dorm,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Sahlan menegaskan, saksi itu memberi keterangan bahawa Zara Qairina adalah seorang pelajar ceria, peramah dan tidak menunjukkan sebarang tanda masalah mental atau tekanan emosi sebelum kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button