BERITA SEMASA

22 waris, anggota ATM hidap penyakit kronik terima sumbangan kebajikan

KOTA KINABALU – Seramai 22 anggota dan waris Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menghidap penyakit kronik menerima bantuan berbentuk sumbangan kebajikan.

Sumbangan tersebut disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sempena lawatan kerja beliau ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kota Kinabalu.

“Bersempena lawatan kerja saya ke saya telah mengambil peluang untuk bersama-sama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Kota Kinabalu dalam satu Majlis Ramah Mesra.

“Kesempatan yang ada turut digunakan untuk menyempurnakan penyerahan sumbangan kebajikan kepada 22 orang anggota atau waris yang menghidap penyakit kronik,” kata Mohamed Khaled dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Foto Facebook Khaled Nordin

Tambah Mohamed Khaled, selain memastikan kesiagaan pertahanan negara pada tahap yang tinggi, kerajaan sentiasa memberi penekanan dalam soal kesejahteraan warga ATM.

“Ini termasuklah dalam memastikan kebajikan warga dan keluarga mereka sentiasa terpelihara,” ujarnya lagi dalam kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button