
Kubur pelatih PALAPES digali semula Jumaat ini
CYBERJAYA – Proses penggalian semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, akan dilakukan Jumaat ini.
Perkara itu disahkan ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, yang turut memberitahu ia akan dilaksanakan pukul 8 pagi.
“Penggalian semula kubur Syamsul Haris ditetapkan pada 29 Ogos (Jumaat) pada 8 pagi,” katanya, memetik laporan BH.
Sebelum ini, media melaporkan Ummu Haiman berharap kubur anaknya dapat digali semula dalam tempoh 48 jam selepas perintah mahkamah dikeluarkan semalam.
Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam keputusannya semalam memerintahkan kubur Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu di Semenyih, Selangor untuk digali semula.
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Ummu Haiman.
Allahyarham Syamsul Haris meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai lalu selepas menjalani latihan di Lapang Sasar Tembakan Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu, 29 Julai lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














