JENAYAH & MAHKAMAH

URIMAI persoal tindakan polis tahan Cikgu Sekar, Sai Saravanan awal pagi tadi

KLANG – Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI) mengecam tindakan pihak polis kerana menahan dua anggotanya, K. Gunasekaran dan Sai Saravana, awal pagi tadi.

Parti itu dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret Klang bagi permohonan direman.

“Peguam kami telah membantah permohonan reman oleh Polis. Majistret hanya membenarkan reman sehari dan (mereka berdua) akan dilepaskan hari ini juga,” kata parti tersebut dalam satu hantaran di Facebook.

Hantaran itu turut mempersoalkan penahanan kedua individu tersebut sedangkan mereka tidak terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang.

“Kedua-dua mereka tidak menyertai apa-apa Perhimpunan Awam ataupun terlibat dalam aktiviti menghasut.

“Kenapa pihak polis perlu guna Akta Hasutan terhadap mereka? Kita tidak tahu!” kata kenyataan itu lagi.

Sebagai rekod, K. Gunasekaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sekar, Sai Saravana dan seorang lagi, Arun Doraisamy anggota Hindu Task Force yang menganjurkan himpunan aman membantah keengganan polis dan kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap penghinaan agama Hindu di Malaysia yang pada mulanya dijadual berlangsung di Brickfields, hari ini.

Walau bagaimanapun, himpunan tersebut dibatalkan semalam susulan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button