JENAYAH & MAHKAMAH

Dua individu didakwa minta wang perlindungan dari pusat urut ditahan

KUALA LUMPUR – Dua individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan meminta ‘wang perlindungan’ daripada sebuah pusat urut di Wangsa Maju, baru-baru ini.

Penahanan itu susulan penularan satu video di media sosial yang memaparkan tindakan individu berkenaan, dipercayai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), meminta bayaran daripada premis terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus ketika mengesahkan penahanan itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam perkembangan sama, PKR difahamkan mengambil tindakan dalaman dengan meminta kedua-dua individu berkenaan yang juga ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) meletakkan jawatan.

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Azman Abidin berkata, langkah itu diambil bagi memastikan tiada gangguan terhadap proses siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button