BERITA SEMASAPOLITIK

Kempen kibar Jalur Gemilang semarakkan patriotisme di Kamunting

KAMUNTING – Program kempen kibar Jalur Gemilang anjuran Pakatan Harapan (PH) Taiping berlangsung meriah dengan penglibatan pimpinan serta sukarelawan daripada pelbagai parti komponen.

Timbalan Ketua Cabang PKR Taiping, Sharimah Samad berkata, program berkenaan bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat sempena sambutan Hari Kebangsaan selain memberi edukasi mengenai cara pemasangan Jalur Gemilang yang betul.Kempen kibar Jalur Gemilang semarakkan patriotisme di Kamunting

“Semangat cinta akan negara bukan sahaja dizahirkan melalui kata-kata, tetapi juga melalui simbol kebangsaan seperti Jalur Gemilang yang perlu dikibarkan dengan cara yang betul.

“Program ini mendidik masyarakat supaya lebih peka terhadap adab serta tatacara pemasangan bendera negara,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.Kempen kibar Jalur Gemilang semarakkan patriotisme di Kamunting

Turut hadir Penyelaras Dun Kamunting, Rosli Che Dan, bersama AJK Wanita PKR serta wakil-wakil parti komponen PH lain.

Program berkenaan disertai kira-kira 30 sukarelawan PH yang bergotong-royong menyerahkan dan memasang Jalur Gemilang di sekitar bangunan serta premis di bandar Kamunting.

Menurut Sharimah, usaha itu juga merupakan simbolik kebersamaan masyarakat majmuk di bawah panji negara yang perlu terus dipelihara.

Kempen kibar Jalur Gemilang semarakkan patriotisme di Kamunting
Timbalan Ketua cabang PKR Taiping, Sharimah Samad bersama AJK Wanita, Manju dan Norhaslina

“Apabila Jalur Gemilang dikibarkan di setiap premis dan bangunan, ia bukan sekadar menghias ruang, tetapi melambangkan semangat perpaduan yang kita bina bersama,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button