Sambutan Merdeka: Penggunaan dron tanpa kelulusan tidak dibenarkan
PUTRAJAYA – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai bahawa menerbangkan dron tanpa kelulusan adalah dilarang sama sekali ketika persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2025 bermula Isnin hingga 31 Ogos di Dataran Putrajaya, di sini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed pada masa yang sama turut mengingatkan bahawa Putrajaya juga adalah kawasan larangan menerbangkan dron.
“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati gagal mematuhi arahan selaras dengan peruntukan Peraturan 143 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (MCAR) 2016 dan Seksyen 206 (3) MCAR) 2016,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam kenyataan sama, beliau turut mengingatkan penduduk Purajaya dan kawasan sekitar tidak panik atau cemas apabila terdengar bunyi tembakan meriam.
“Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan melaksanakan tembakan meriam sempena sambutan berkenaan pada hari raptai penuh dah hari acara.
“Sesi raptai penuh di Lot 3C1 Presint 3 (tapak bazar Ramadan Putrajaya) pada 8 pagi, 29 Ogos ini membabitkan dua das tembakan, manakala hari acara di lokasi sama pada 8 pagi, 31 Ogos sebanyak 14 das tembakan akan dikeluarkan,” katanya lagi.
Pada hari sambutan iaitu 31 Ogos, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan lebih awal
“Orang ramai digalakkan menggunakan kemudahan pengangkutan alternatif disediakan oleh pihak penganjur seperti ‘shuttle bus’ dan ‘water taxi’ untuk keselesaan serta menjimatkan masa perjalanan sekali gus membantu mengurangkan kesesakan jalan raya,” katanya.
Untuk sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi talian Hotline Polis Putrajaya, 03-8886 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
![One of hundreds of drones made by Iran is displayed as the country continues to be sanctioned by the US [Courtesy of the Iranian government]](https://malaysiatribune.news/wp-content/uploads/2026/03/A87I0637_resize-220x150.webp)







