BERITA SEMASA

Ikhlas.com tawar pakej umrah dan pelancongan Mesra Muslim mampu milik

KUALA LUMPUR – Ikhlas.com Travel, anak syarikat AirAsia, memperkenalkan beberapa pakej baharu umrah dan pelancongan Mesra Muslim dengan menawarkan harga mampu milik tetapi tetap mengekalkan pengalaman premium.

Ikhlas.com tawar pakej umrah dan pelancongan Mesra Muslim mampu milik
Ikhlas.com tawar pakej umrah dan pelancongan Mesra Muslim mampu milik

Pengurus Komunikasi Ikhlas.com, Diyana Rose berkata, syarikat itu sentiasa berusaha menyediakan pilihan perjalanan yang sesuai untuk masyarakat Islam dengan menitikberatkan aspek keselesaan serta nilai tambah yang bermanfaat.

“Hari ini kami melancarkan pakej terbaharu iaitu Umrah Plus Turki. Selain menunaikan ibadah umrah, jemaah juga berpeluang menziarahi Turki. Harga asal pakej ini ialah RM7,590, namun kami menawarkan harga istimewa sempena pelancaran,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.

Menurut beliau, harga istimewa itu hanya ditawarkan kepada pengunjung AirAsia Travel Fair yang berlangsung mulai hari ini sehingga 24 Ogos di Pavilion Bukit Jalil.

Selain Umrah Plus, syarikat itu turut memperkenalkan pakej pelancongan ke Istanbul dengan harga bermula daripada RM7,279 dan tempat yang ditawarkan adalah terhad.

Diyana berkata, Ikhlas.com juga menyediakan pakej lain seperti ke Uzbekistan, serta umrah khas bersama pendakwah terkenal antaranya Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Waharul.

“Selain itu, terdapat juga pakej kembara Muslim mampu milik ke destinasi popular seperti Jepun, Korea, Kazakhstan dan banyak lagi.

“Kami ingin memastikan pelanggan mendapat pengalaman yang lengkap dari segi ibadah dan pelancongan dengan harga berpatutan,” jelasnya lagi.

Ikhlas.com sebelum ini dikenali dengan penawaran produk Mesra Muslim yang menekankan gaya hidup halal merangkumi ibadah, kembara dan pengalaman berasaskan nilai Islam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button