BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki 61 tahun ugut, hina doktor ditahan polis

AMPANG JAYA – Seorang lelaki berusia 61 tahun ditahan polis selepas mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang doktor gara-gara tidak berpuas hati selepas terlepas tarikh temu janji klinik di Hospital Ampang, minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail, kejadian berlaku pada Selasa lalu pada pukul 1.15 petang ketika mangsa berusia 30 tahun sedang bertugas di kaunter saringan Jabatan Kecemasan hospital berkenaan.

“Suspek mengeluarkan kata-kata kesat serta bertindak agresif dengan cuba menerkam dan memukul muka mangsa kerana tidak berpuas hati apabila diberikan tarikh baharu temu janji klinik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd. Azam berkata, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kemudian menahan suspek di kawasan Cheras pada Rabu lalu pada pukul 2.20 petang.

“Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara kertas siasatan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu ini bagi arahan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button