BERITA SEMASAPMX

PM sampaikan sumbangan, nasihat kepada Amir Raja Lawak

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan simpati terhadap pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak yang berdepan ujian apabila bapanya mengalami masalah kesihatan serius.

Anwar berkata, beliau berkesempatan bertemu dengan Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi di restoran miliknya berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV sebelum berangkat pulang dari lawatan kerja ke Kelantan.

“Saya titipkan pesan supaya beliau terus tabah menghadapi dugaan ini. Saya juga menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban ujian yang dihadapi.

“Saya mendoakan agar saudara Amir dimurahkan rezeki dan dipermudah urusan. Semoga Allah SWT mengurniakan afiah dan kesembuhan kepada bapanya, insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook hari inim

Sementara itu, Amir menerusi media sosialnya berkongsi rasa terharu dengan kehadiran Anwar bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang meluangkan masa mendengar sendiri luahan berhubung keadaan yang dihadapi.

“PM nasihatkan saya supaya tenang, jangan tertekan dan jangan risau, insya-Allah semua akan baik. Alhamdulillah, saya juga menerima sumbangan daripada PM dan MB Kelantan untuk kegunaan dan rawatan abah saya,” katanya lagi.

Pertemuan itu berlangsung selepas Anwar menghadiri program Rancakkan MADANI di negeri ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button