AGAMABERITA SEMASA

Kejayaan MTHQA 2025 cerminan kerjasama memartabatkan syiar Al-Quran

KUALA LUMPUR – Kejayaan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2025 melambangkan komitmen teguh antara agensi kerajaan dan rakyat dalam memartabatkan syiar Al-Quran di persada antarabangsa.

Demikian ucapan yang dizahirkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar pada majlis apresiasi sempena MTHQA 2025 yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur kelmarin.

Mohd Naim berucap pada majlis apresiasi sempena MTHQA 2025 di Kuala Lumpur.

Majlis itu bertujuan menghargai jasa dan sumbangan semua pihak dalam menjayakan penganjuran acara berprestij tersebut.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas, jemaah hakim, barisan urus setia, penyelaras dan barisan petugas atas dedikasi merealisasikan majlis berprestij ini.

“Kejayaan penganjuran MTHQA 2025 ini mencerminkan kekuatan kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat dalam meningkatkan syiar Kalamullah di peringkat dunia,” kata Mohd Naim.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 71 peserta dari pelbagai negara yang menyertai pertandingan tilawah dan hafazan pada tahun ini.

Selain para peserta, majlis turut meraikan wakil agensi kerajaan, kementerian dan rakan strategik termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Komunikasi, Kementerian Kesihatan, Tourism Malaysia dan lain-lain yang memastikan kelancaran penganjuran.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Dr Mohamad Kori Jusoh; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Kolonel Datuk Mohd Ajib Ismail; serta kepimpinan tertinggi JAKIM dan jawatankuasa penganjur.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati, tayangan montaj kenangan serta persembahan istimewa kumpulan nasyid Rabbani yang menyemarakkan lagi suasana ukhuwah dan kebersamaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button