PM arah MCMC siasat dakwaan libatkan Ahli Parlimen Pagoh
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat penafian Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung dakwaan mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini, satu tindakan dan siasatan sewajarnya telah diarahkan oleh Anwar berhubung perkara itu.
“Sebagai kerajaan yang menjunjung prinsip ketelusan dan tanggungjawab, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyiasat dakwaan berkenaan.
“Perdana Menteri mengarahkan MCMC menyiasat perkara itu serta mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Sebelum ini, tular beberapa hantaran di media sosial yang mendakwa wujud kenyataan membela kepentingan warga asing dalam pelaksanaan subsidi bersasar RON95, yang kemudiannya dinafikan oleh Muhyiddin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |























One Comment