MCMC ambil tindakan segera siasat dakwaan libatkan Muhyiddin
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan segera susulan kenyataan media Pejabat Perdana Menteri (PMO) supaya siasatan dijalankan berhubung satu dakwaan yang telah dinafikan Ahli Parlimen Pagoh.
MCMC dalam satu kenyataan berkata, MCMC akan mengambil tindakan sewajarnya berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.
“MCMC (turut) mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih,” kata kenyataan tersebut, hari ini.
Terdahulu, PMO dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan terhadap Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung dakwaan mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.
Menurut PMO, sebagai kerajaan yang menjunjung ketelusan dan bertanggungjawab, tindakan sewajarnya perlu diambil berhubung perkara berkenaan memandangkan dakwaan itu dinafikan bekas Perdana Menteri.
“Sebagai kerajaan yang menjunjung ketelusan dan bertanggungjawab, Perdana Menteri mengarahkan MCMC untuk menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan sewajarnya,” kata kenyataan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















