RTM Sabah nafi lantik bukan warganegara sebagai Pengarah Produksi
KOTA KINABALU – Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah hari ini menafikan dakwaan bahawa individu bernama Faijis Mejal @ Yuri Mejal yang didakwa bukan warganegara telah dilantik sebagai Pengarah Produksi di stesen penyiaran itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah, tuduhan yang dibuat oleh seorang penggiat seni tempatan, Jestie Alexius menerusi akaun media sosial miliknya sejak 5 Julai lalu, adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
“RTM Sabah juga menegaskan tidak terbabit dalam pemberian sebarang dana kepada
penama tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan sama, RTM Sabah memaklumkan laporan telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan siasatan serta tindakan lanjut diambil berhubung perkara itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








