Sabah FC bangkit sekat KL City
KUALA LUMPUR – Sabah FC mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit pada minit akhir untuk mengikat Kuala Lumpur City (KL City) 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.
Babak pertama menyaksikan Sabah menguasai sebahagian besar permainan namun gagal memecah kebuntuan, manakala KL City tampil dengan barisan terbaik selepas kemenangan ke atas Imigresen FC.
Memasuki separuh masa kedua, Sabah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas tonggak import, Dean Pelekanos dilayangkan kad merah hasil semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).
Kesempatan itu digunakan KL City untuk membuka jaringan pada minit ke-65 apabila pemain pertahanan Sabah, Dane Ingham tertampan bola ke gawang sendiri.
Namun, kegigihan Sang Badak berbaloi apabila Gabriel Peres menanduk masuk gol penyamaan pada masa kecederaan sekali gus memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata berharga.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








