BERITA SEMASAPOLITIK

PKR teliti siasatan tatatertib, gantung keahlian sembilan wakil rakyat

KUALA LUMPUR – PKR kini sedang meneliti gesaan untuk mengambil tindakan terhadap sembilan Ahli Parlimennya susulan tindakan mereka mengadakan sidang media terbuka berkaitan isu badan kehakiman.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, pihaknya sedang meneliti gesaan berkenaan dan mempertimbangkan tindakan lanjut terhadap kesemua Ahli Parlimen terbabit.

Menurut beliau, laporan rasmi berhubung perkara itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dijangka diadakan dalam tempoh dua minggu lagi.

“Gesaan tersebut sudah pun sampai kepada saya, dan saya telah dimaklumkan mengenainya. Kini, Pejabat Setiausaha Agung akan meneliti dan mengambil tindakan lanjut,” katanya memetik laporan BERNAMA.

Baca juga : Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat kemelut institusi kehakiman negara

Terdahulu, bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama lapan Ahli Parlimen lain parti itu mengadakan satu sidang akhbar bagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) serta Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) berkaitan pelantikan kehakiman.

Media sebelum ini melaporkan seramai 19 Ketua Cabang PKR Johor dan 11 Ketua Cabang PKR Kedah turut menggesa supaya siasatan tatatertib dijalankan serta keahlian sembilan Ahli Parlimen berkenaan digantung buat sementara waktu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button