LUAR NEGARA

Gencatan senjata Iran-Israel hanya bertahan tiga jam

TEL AVIV – Gencatan senjata antara Iran dan Israel yang ditaja Amerika Syarikat (AS) hanya bertahan selama tiga jam apabila ia dicabuli dengan pelancaran peluru berpandu dipercayai daripada Iran, lapor Times of Israel.

Difahamkan, hanya satu peluru berpandu dilancarkan dan ia berjaya dipintas sebelum mengenai sasaran di utara Israel.

Bagaimanapun, Iran menafikan sebarang pelancaran peluru berpandu yang menyasarkan Israel, lapor Sputnik News yang memetik media Iran.

Susulan itu, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz telah mengarahkan tentera rejin supaya bertindak balas terhadap pencabulan gencatan senjata itu.

“Saya telah mengarahkan pasukan tentera untuk bertindak balas dengan tegas terhadap pelanggaran gencatan senjata oleh Iran melalui serangan hebat ke atas sasaran rejim di tengah-tengah Tehran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak tentera dengan penyelarasan bersama Pejabat Perdana Menteri, telah diarahkan untuk meneruskan serangan hebat di Tehran bagi menyasarkan infrastruktur rejim dan rangkaian keganasan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button