MALAYSIA MADANI

Kepuasan terhadap Anwar meningkat, dasar Kerajaan MADANI mula diterima

KUALA LUMPUR – Tahap kepuasan rakyat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencatat peningkatan dalam tinjauan terbaharu yang dijalankan Merdeka Center bagi bulan Mei 2025.

Menurut hasil kajian yang melibatkan 1,208 responden di seluruh negara antara 12 hingga 23 Mei lalu, sebanyak 53 peratus responden menyatakan puas hati terhadap prestasi Perdana Menteri, meningkat dua mata peratusan berbanding 51 peratus yang direkodkan pada Mac lalu.Kepuasan terhadap Anwar meningkat, dasar Kerajaan MADANI mula diterima

Menurut kajian itu turut mendapati tahap ketidakpuasan menurun kepada 43 peratus, berbanding 45 peratus dalam tinjauan sebelumnya.

“Peratusan responden yang tidak pasti atau enggan menjawab kekal rendah pada empat peratus,” menurut laporan itu lagi.Kepuasan terhadap Anwar meningkat, dasar Kerajaan MADANI mula diterima

Peningkatan itu dilihat sebagai isyarat positif terhadap kepimpinan Anwar dan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan MADANI yang kini mula menunjukkan kesan, khususnya dalam menangani isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi.Kepuasan terhadap Anwar meningkat, dasar Kerajaan MADANI mula diterima

Namun begitu, Merdeka Center berkata, pengundi masih kekal kritikal terhadap keupayaan kerajaan menangani kadar inflasi serta penyediaan peluang pekerjaan yang kekal menjadi antara kebimbangan utama rakyat ketika ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button