LUAR NEGARA

Iran tidak akan keluar daripada NPT

TEHRAN – Iran tidak akan keluar daripada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan akan terus komited dengan perjanjian berkenaan.

Komitmen itu dinyatakan Timbalan Menteri Luar Iran, Majid Takht-Ravanchi ketika senario di Asia Barat semakin memuncak susulan pengeboman Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga kompleks nuklear Iran, semalam.

Takht-Ravanchi bagaimanapun berkata, “tiada gunanya meneruskan dialog” ketika serangan rejim zionis terhadap Iran masih berterusan.

“Kami tidak berunding semata-mata untuk berunding,” katanya kepada agensi berita Iran, Entekhab.

Sebelum ini, AS dan Israel berulang kali menuduh Iran cuba membangunkan senjata nuklear, namun dinafikan oleh Iran.

Selaku anggota NPT, Iran dibenarkan mempunyai program nuklear bagi tujuan keamanan seperti penjanaan kuasa, namun dilarang sama sekali mengayakan bahan nuklear bagi tujuan persenjataan.

Untuk rekod, AS dan Israel tidak pernah menandatangani perjanjian NPT dan bukan negara anggotanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button