JENAYAH & MAHKAMAH

“Hari ini mungkin selesai” – Syamsul

KUALA LUMPUR – Pengarah sensasi, Syamsul Yusof memberi bayangan kemelut rumah tangganya mungkin selesai hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, pagi ini.

Syamsul, 39, bagaimanapun meminta menunggu sehingga prosiding dalam kes membabitkan lafaz cerai yang akan dilakukan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selesai.

“Insya-Allah, hari ini mungkin selesai. Harapnya semua baik-baik sahaja.

“Insya-Allah, ada jalan penyelesaian baik kerana percubaan untuk selesaikan secara baik dilakukan sejak seminggu lalu.

“Saya dan Puteri Sarah fikirkan anak-anak sahaja,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Terdahulu, hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas memerintahkan Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan dakwaan lafaz cerai sebanyak dua kali yang pernah dilakukan Syamsul.

Jika sabit perceraian berlaku sebanyak dua kali, ini bermakna permohonan cerai Puteri Sarah adalah kali ketiga.

Bagaimanapun, peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul menafikan dakwaan dan tidak mengetahui dapatan laporan Jabatan Kuasa Pendamai (JKP) memandangkan ia dibuat secara berasingan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button