HIBURAN

Zulin Aziz sah bercerai sejak Disember lalu

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suaminya, Farhan Norzaini pada 18 Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, berkata, perkara itu tidak didedahkan lebih awal kerana mahu menghormati tempoh idah yang baharu sahaja selesai hari ini.

“Memang betul saya sudah bercerai sejak Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Tetapi saya tidak beritahu sesiapa sehinggalah tamat tempoh idah.

“Saya tahu lambat laun perlu beritahu juga kepada semua. Jadi waktu yang terbaik adalah selepas habis jalani tempoh idah,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Ditanya mengenai punca perceraian, Zulin bagaimanapun enggan memperincikan sebab perpisahan tersebut kerana menganggapnya terlalu peribadi.

“Biarlah saya dan bekas suami sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu tahu tentang urusan rumah tangga kami yang terlalu peribadi untuk dikongsi.

“Kami berpisah secara baik dan tidak bermusuhan. Kami kekal berkawan dan hubungan kedua-dua keluarga juga masih baik.

“Mungkin jodoh kami sahaja yang tidak panjang. Saya anggap ini ketentuan Ilahi. Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” ujarnya.

Untuk rekod, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022 dan tidak dikurniakan cahaya mata

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button