
Aliff Aziz tidak setuju cerai Bella
KUALA LUMPUR – Pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz tidak bersetuju dengan permohonan cerai difailkan isterinya, Bella Astillah di Mahkamah Syariah di sini hari ini atas alasan masih sayangkan keluarga.
Justeru, pasangan selebriti itu diperintahkan untuk hadir proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, pada 4 Jun depan.
“Benar Yang Arif, tidak bersetuju. Ini bukan suatu keputusan yang boleh difikirkan dalam satu hari, saya perlukan masa untuk berfikir bagi membuat keputusan yang besar ini.
“Ya saya masih sayangkan keluarga ini,” katanya kepada Hakim Syarie Wan Mohd Najib.
Sebagai rekod, pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








