
Farid Kamil lepaskan Diana Danielle dengan cerai talak satu
SUBANG – Pelakon, Farid Kamil hari ini menceraikan isterinya, Diana Danielle dengan talak satu melalui aplikasi Google Meet kerana tidak dapat hadir di mahkamah kerana masalah kesihatan.
Lafaz cerai itu diucap dan diperdengarkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di depan Hakim Syarie, Shukran Yusof.
“Bahawa saya, Farid Kamil menceraikan Diana Danielle Danny Beeson dengan talak satu,” kata pelakon popular ini.
Diana hadir di mahkamah bersama peguam syarienya, Datuk Akberdin Abdul Kader.
Hakim kemudian mengesahkan perceraian talak satu pada pukul 3.22petang.
Diana yang juga pelakon akan menjalani tempoh edah selama tiga kali suci dan mendaftarkan perpisahan selain pembatalan sijil nikah.
Permohonan cerai tersebut difailkan pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Pasangan itu telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








