Elon Musk tinggalkan jawatan penasihat khas Trump
WASHINGTON – Bilionair teknologi, Elon Musk mengumumkan pengunduran dirinya sebagai penasihat khas kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, selepas mengetuai usaha menstruktur semula birokrasi Kerajaan AS.
Dalam kenyataan menerusi platform media sosial miliknya, X, Musk yang menerajui Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), berkata tempoh tugasnya sebagai Pegawai Khas Kerajaan telah tamat.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden @realDonaldTrump atas peluang mengurangkan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan,” katanya semalam.
Sepanjang memegang jawatan, Musk berdepan pelbagai cabaran termasuk bantahan dalaman dan kritikan politik terhadap pendekatannya yang agresif dalam memotong perbelanjaan kerajaan.
Sasaran awal beliau untuk pengurangan perbelanjaan turut dikurangkan secara mendadak daripada AS$2 trilion (RM9.4 trilion) kepada hanya AS$150 bilion (RM705 bilion).
Difahamkan, peranan Musk di Washington memang dirancang sebagai sementara, dan beliau kini memberi tumpuan semula kepada syarikat-syarikat miliknya seperti Tesla dan SpaceX.
Dalam perkembangan sama, Musk sebelum ini turut meluahkan kekecewaan terhadap rang undang-undang utama Trump yang disifatkan bertentangan dengan misi DOGE.
Ditanya mengenai perkara itu, Trump mempertahankan dasar beliau sambil memberi bayangan kemungkinan lebih banyak perubahan akan dilakukan.
“Kita akan lihat bagaimana ia berjalan,” kata Trump ringkas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








