Suspek kes simbah asid direman 5 hari
BACHOK – Suspek kes simbah asid yang menyebabkan seorang pengusaha spa parah di di Beris Kubur Besar, di sini Sabtu lalu, direman selama lima hari.
Perintah reman ke atas wanita berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd. Fauzan Mohd. Suhairi.
Permohonan reman itu dibuat bagi membolehkan suspek, seorang pekerja kilang getah disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Terdahulu, suspek yang memakai tudung, baju berwarna biru gelap dan seluar sukan tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9.20 pagi dengan menaiki kereta polis.
Laporan Malaysa Tribune sebelum ini menyebut, seorang wanita ditahan selepas disyaki terlibat kes menyimbah asid ke atas pemilik spa sehingga parah di Beris Kubur Besar hujung minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, suspek yang bekerja di kilang getah ditahan di sebuah rumah di Kuala Krai pukul 10 malam tadi.
Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan.
“Kita syak wanita itu merupakan seorang daripada suspek yang terlibat. Kita sedang kesan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














