‘Abang Belon’ dirawat di Hospital Serdang – Ibu
SERDANG – ‘Abang Belon’ yang terlibat dalam insiden sitaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam, kini sedang dirawat di zon merah unit kecemasan, Hospital Serdang, Selangor.
Menurut ibunya, Hasnah Mat Isa, 54, anaknya, Muhammad Zaimmudin Azlan, 28, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ berada dalam keadaan stabil, lapor Buletin TV3.
“Tadi ada buat X-ray tapi doktor nampak macam ada tulang yang patah,” katanya dalam laporan tersebut.
Jelas Hasnah, anaknya hanya berniaga belon secara sambilan setiap Ramadan, terutamanya dalam tempoh dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Dia turut memberitahu, anaknya menghidap angin pasang dan bergantung kepada pendapatan jualan belon bagi menampung kos perubatan serta pembedahan yang dijadualkan pada April depan.
Laporan media sebelum ini berkata, polis sudah membuka kertas siasatan berhubung insiden kekecohan yang berlaku semasa penyitaan barangan di Jalan Tunku Abdul Rahman itu, semalam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








