Pemilihan PKR: J-KOM nafi terlibat kempen calon tertentu
PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa agensi itu terlibat dalam kempen politik sempena Pemilihan PKR 2025.
Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Ismail Yusop berkata, dakwaan kononnya terdapat arahan kepada kakitangan jabatan itu untuk menyokong kempen pemimpin tertentu menerusi tindakan “like”, “share” dan “promote” di media sosial adalah tidak benar sama sekali.
“Tidak wujud sebarang arahan rasmi seperti yang didakwa. Semua kakitangan J-KOM menjalankan tugas secara profesional dan berintegriti mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut berkata, jabatan itu tidak pernah digunakan untuk menyerang mana-mana pemimpin politik.
“Sebagai agensi di bawah Kementerian Komunikasi, kami sentiasa komited menyampaikan maklumat yang tepat, adil dan berimbang demi memperkukuh sistem demokrasi dan kestabilan negara,” katanya lagi.
Dalam masa sama, beliau menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh mencemarkan nama baik J-KOM.
Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial dan aplikasi WhatsApp yang mengaitkan J-KOM dengan usaha berkempen untuk individu tertentu dalam Pemilihan PKR 2025.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








