Putrajaya, Sarawak sepakat selesai isu PETRONAS-PETROS secara rundingan
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu PETRONAS dan PETROS melalui rundingan.
Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan, persetujuan itu dicapai selepas Perdana Menteri mempengerusikan pertemuan dengan Premier Sarawak bersama kepimpinan tertinggi PETRONAS dan PETROS di Perdana Putra, di sini hari ini.
“Pertemuan ini berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni berteraskan semangat persekutuan.
“Dalam pertemuan ini, Perdana Menteri dan Premier Sarawak telah bersetuju untuk memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat seperti yang dipersetujui sebelum ini untuk mempermudahkan rundingan antara PETRONAS dan PETROS,” katanya hari ini.
Dalam pada itu katanya, langkah itu penting bagi memastikan potensi besar yang telah dikenal pasti daripada kerjasama PETRONAS dan PETROS dapat diteroka secara menyeluruh dan dilaksanakan dengan berkesan.
Katanya, ini termasuklah menyegerakan pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








