BERITA SEMASAPMX

PM lancar pengoperasian kilang pemasangan Proton di Mesir

KAHERAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan pengoperasian kilang pemasangan unit komponen terurai (CKD) kereta Proton Saga di Kaherah, Mesir yang dijangka mula beroperasi Disember tahun ini.

Perdana Menteri berkata, langkah ini merupakan sebahagian usaha Malaysia untuk membawa cara pemikiran baharu dalam kerjasama antara kedua-dua negara.

“Saya tegaskan bahawa Proton bukan hanya industri automotif di Malaysia, malah ia adalah kebanggaan negara dan terkenal di peringkat antarabangsa.

“Keberadaan Malaysia di Mesir ini juga adalah sebagai rakan kongsi berdasarkan kepercayaan dan persahabatan yang lama terjalin. Adalah diharapkan supaya ianya dapat membuka pintu ke pasaran Afrika Utara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan, rancangan pengeluaran bagi kilang pemasangan kereta Proton Saga akan menghasilkan kira-kira 16,000 unit antara tahun 2024 hingga 2026, yang disasar menjana pendapatan sekitar RM570 juta.

Jelas beliau, sebanyak RM20 juta pendapatan lagi dijangka dijana melalui jualan alat-alat ganti bagi menyokong perkhidmatan.

“Semoga lebih banyak peluang dan ruang buat syarikat Malaysia menjalinkan kerjasama dengan pihak Mesir, Insya-Allah,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button