2 wanita maut kemalangan empat kenderaan
KULAI – Dua wanita maut, manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 34 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, di sini malam tadi.
Mangsa maut dikenal pasti sebagai Gee Yin Chin, 42, manakala identiti seorang lagi wanita dewasa belum dikenalpasti.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Johor, Mohd Firdaus Juritah berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori kontena, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dan Mazda 5, serta sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung insiden kemalangan pukul 10.35 malam.
“Tiada mangsa tersepit dan pasukan bertindak memberikan rawatan awal serta kerja penyelamatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, dua daripada lima mangsa yang menaiki Toyota Estima ditemukan maut, manakala selebihnya mengalami kecederaan.
“Pemandu lori kontena seorang lelaki yang turut cedera dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim.
“Sementara itu, semua 11 penumpang kenderaan lain termasuk enam kanak-kanak perempuan disahkan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.
Jasad mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














