JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki ditemukan maut dalam kereta terkunci di Puncak Alam

KLANG – Seorang lelaki berusia 56 tahun ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia dalam sebuah kereta yang terkunci di kawasan deretan kedai serbaneka di Puncak Alam, di sini semalam.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam.

Sebelum itu, mangsa dipercayai sempat diberikan bantuan pernafasan menerusi prosedur resusitasi kardiopulmonari (CPR) oleh seorang doktor klinik yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar tiba di lokasi pada pukul 11.57 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati pintu kereta telah dibuka oleh orang awam. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital UiTM Puncak Alam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button