BERITA SEMASA

Fahmi Fadzil ucap takziah atas pemergian jurugambar NSTP, wartawan TV3

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga jurugambar veteran The New Straits Times Press (NSTP), Dzulkifli Mustapha dan wartawan hiburan TV3, Md Nasir Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nas Ahmad, yang telah meninggal dunia.

Dalam satu kenyataan, Fahmi menyifatkan pemergian kedua-dua tokoh media itu sebagai kehilangan besar kepada industri media tanah air yang banyak menerima sumbangan mereka.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga dan kenalan rapat jurugambar veteran NSTP, Dzulkifli Mustapha, serta wartawan hiburan TV3 yang disegani, Nas Ahmad,” katanya.

Nas Ahmad, 63, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh pagi tadi, manakala Dzulkifli, 65, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) sekitar pukul 1 tengah hari semalam akibat kanser usus.

Fahmi turut mengajak orang ramai mendoakan agar roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Suatu ketika dahulu, mereka merupakan antara perakam dan pelapor detik-detik bersejarah, selain menyampaikan pelbagai kisah yang mewarnai kehidupan masyarakat negara ini.

“Sama-sama kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button