BERITA SEMASA

Kit Siang bakal terima anugerah persekutuan?

CYBERJAYA – Tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang dilaporkan akan dikurniakan gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64 esok.

Jika benar, bekas ketua pembangkang itu akan menjadi pemimpin DAP pertama yang dianugerahkan gelaran tersebut yang merupakan anugerah persekutuan kedua tertinggi selepas gelaran Tun.

Foto Kit Siang menghadiri raptai majlis penganugerahan darjah kebesaran itu dikongsi oleh Jeff Ooi Chuan Aun di Facebook beliau.

“Veterans of the Lim Clan. Tan Sri Lim Kit Siang (Rehearsal). Penganugerahan adalah pada hari Isnin 5 Jun. Masih ada masa untuk membeli songkok.

“Songkok semasa raptai memang tak kena dengan kepala dia. Kelihatan songkok budak, hinggap di kepala ayah,” kata Oii dalam hantaran tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button