Suami isteri ditahan disyaki dera penghuni rumah perlindungan kanak-kanak
KAJANG – Pihak polis menahan sepasang suami isteri yang juga pemilik sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Batu 9, Cheras kerana disyaki mendera penghuni premis itu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof ketika mengesahkan penahanan itu berkata, pasangan berusia 66 dan 68 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.20 petang semalam, lapor portal Buletin TV3.
Jelasnya, tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima satu laporan daripada seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, 1 April lalu.
“Dalam laporannya, remaja itu mendakwa didera dengan cara dimarahi dan ditampar pada pipi kiri oleh pemilik serta penjaga premis itu,” katanya.
Susulan penahan pemilik berkenaan, kesemua 18 penghuni rumah perlindungan kanak-kanak terbabit diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut, termasuk bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
Sebelum ini, realiti sebenar kehidupan anak yatim di pusat jagaan itu didedahkan satu akaun Facebook, Malaysia Fight League (MFL).
Dalam satu hantarannya, beberapa individu yang juga wakil MFL menceritakan pengalaman pahit apabila kedatangan mereka untuk projek amal di pusat jagaan itu seolah-olah tidak dialu-alukan, malah hasrat menyampaikan sendiri sumbangan hadiah, pakaian dan makanan tidak kesampaian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






