BERITA SEMASA

Potongan tol 50 peratus selama dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar tol biasa selama dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Menteri Kerja Raya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pemberian diskaun tol itu akan dilaksanakan bermula dari jam 12.01 tengah malam 28 Mac ini dan akan berakhir pada Jam 11.59 malam pada Sabtu 29 Mac.

Alexander berkata, implikasi kewangan yang ditanggung oleh kerajaan dianggarkan sebanyak RM19.69 juta sebagai bayaran pampasan kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

“Diskaun tol ini akan diberikan hanya kepada kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA),” katanya.

Dalam pada itu, Alexander berkata, pemberian diskaun tol ini yang merupakan kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang telah diberikan oleh Kerajaan Madani bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023.

Katanya, ia adalah selaras dengan teras utama Kerajaan Malaysia Madani iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

“Semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan diskaun tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas semasa cuti panjang ini,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button