Tol Genting Highlands mula beroperasi hari ini
GENTING HIGHLANDS – Semua kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands mula dikenakan caj bermula hari ini susulan pelaksanaan fasa pertama sistem kutipan oleh Lingkaran Cekap Sdn. Bhd. (LCSB).
LCSB dalam kenyataan memaklumkan kutipan caj itu melibatkan semua pengguna jalan raya yang dibenarkan kecuali beberapa kategori kenderaan yang diberikan pengecualian.
Menurut kenyataan itu, kutipan caj dilaksanakan di dua lokasi utama iaitu laluan masuk ke Genting Highlands di Genting Sempah serta laluan masuk ke Gohtong Jaya di Bulatan Gohtong Jaya.
Bagaimanapun, motosikal dan kenderaan kecemasan dikecualikan daripada bayaran tersebut tanpa perlu melakukan sebarang pendaftaran.
Berdasarkan struktur caj ditetapkan, kenderaan Kelas Satu seperti kereta dan van dikenakan bayaran RM5 bagi setiap kemasukan.
Lori sederhana pula dikenakan caj RM15, manakala lori berat RM25.
Teksi dikenakan caj RM3.30 sementara bas turut dikenakan bayaran RM5.
Menurut LCSB, pelaksanaan sistem caj itu akan dijalankan secara berperingkat menerusi dua fasa melibatkan semua pengguna jalan raya yang menggunakan laluan berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















