BERITA SEMASA

Sering terputus bekalan air, Ranhill bantu MRSM Langkawi

LANGKAWI – Syarikat Ranhill Berhad akan menggunakan teknologi kepakarannya untuk merawat air laut masin bagi menyelesaikan isu bekalan air di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di sini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas menerima panggilan daripada Ketua Pegawai Operasi (COO) Ranhill yang menyatakan hasrat untuk membantu MRSM tersebut yang sering terputus bekalan air.

“Kelmarin sahabat saya Faizal COO RANHILL Berhad menghubungi saya kerana terbaca status saya mengenai isu air di MRSM Langkawi.

“Beliau dan team yang kebetulan ada di Langkawi sempena LIMA, terus berkunjung ke MRSM untuk melihat sendiri permasalahan tersebut.

“Kebetulan juga mereka menyaksikan sendiri bagaimana keadaan pelajar-pelajar yang terpaksa membawa baldi masing-masing untuk mengambil air daripada tangki air yang dibekalkan SADA setiap kali bekalan air terputus,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Menurut Asyraf lagi, projek itu dijalankan secara CSR tanpa menggunakan dana MARA.

“Alhamdulillah, rezeki pelajar-pelajar MRSM Langkawi.

“Nanti jika berjaya saya akan bincang dengan mereka untuk melihat juga MRSM lain seperti MRSM Tumpat yang lokasinya berada di tepi laut yang turut hadapi masalah yang serupa,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button