BN beri sokongan bentuk kerajaan negeri Sabah – Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera Barisan Nasional (BN) yang telah bertungkus-lumus sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Dalam hantaran di Facebooknya, beliau menegaskan komitmen parti untuk memastikan kestabilan politik di negeri itu.
“Terima kasih kepada seluruh Jentera BN yang telah bertungkus lumus sepanjang PRN Sabah.
“Alhamdulillah, BN telah memberikan sokongan untuk bersama membentuk Kerajaan Negeri Sabah,” tulisnya.
PRN Sabah ke-17 menyaksikan persaingan sengit membabitkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) muncul sebagai gabungan terbesar dengan memenangi 29 kerusi, manakala Parti Warisan memperoleh 25 kerusi, menjadikannya pembangkang terbesar.
BN yang bertanding di 45 kerusi, hanya berjaya memenangi enam kerusi rasmi iaitu Bengkoka, Liawan, Sook, Lamag, Sukau dan Kunak.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








