MARA bakal taja pengajian anak yatim cemerlang STAM ke Timur Tengah
GERIK – Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal menaja pengajian seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ke Timur Tengah selepas dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang berkongsi kisah kejayaan pelajar terbabit, Nur Hidayah Abdullah, berasal dari Kampung Krunai, Gerik, Perak.
Menurut beliau, Nur Hidayah, yang juga anak yatim dan dibesarkan dalam serba kekurangan, memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) bagi semua subjek STAM.
“Alhamdulillah, saya menerima berita gembira bahawa anak angkat saya, Nur Hidayah Abdullah, berjaya memperoleh keputusan amat cemerlang dalam STAM dengan semua subjek mencapai Mumtaz.
“Hebat anak ini, walaupun hidup dalam serba kekurangan sebagai anak yatim di Kampung Krunai, Gerik, namun tetap berjaya membuktikan kecemerlangan dalam pembelajaran,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Baca juga : Universiti Al-Azhar setuju kurangkan yuran pelajar perubatan tajaan Mara – Asyraf Wajdi
Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut menzahirkan komitmen bahawa MARA akan membantu pelajar terbabit menyambung pengajian ke luar negara.
“InsyaAllah, sebagaimana janji saya kepadanya, MARA akan bantu untuk beliau menyambung pengajian di Timur Tengah sebagaimana impiannya,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








