Asyraf Wajdi terjah sesi dialog isu pelajar GMI, janji kebajikan terjamin
BANGI – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan lawatan mengejut ke sesi dialog antara pengurusan German-Malaysia Institute (GMI), ibu bapa dan pelajar cemerlang kursus Bahasa Jerman di institut itu pagi ini.
Beliau berkata, tindakan itu diambil selepas menerima puluhan mesej dan tanda pautan (tag) di media sosial berhubung kebajikan serta masa depan pelajar yang mengikuti program berkenaan.

“Saya telah minta pihak pengurusan tertinggi GMI adakan sesi dialog khas dengan para ibu bapa dan pelajar.
“Saya juga arahkan Dr. Mahzan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA untuk turun bagi meneliti isu yang dibangkitkan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Menurut Asyraf Wajdi, sesi dialog tersebut pada awalnya agak tegang namun semua isu dapat diselesaikan secara baik dan bijaksana.
Beliau turut membuat beberapa keputusan segera yang disifatkannya ‘drastik dan penting’ bagi memastikan kebajikan serta masa depan pelajar terpelihara.

Sementara itu, tindakan proaktif beliau mendapat pelbagai reaksi netizen.
“Yang dah tamat pengajian di Jerman, pastikan mereka pulang dan berkhidmat untuk negara. Mereka sangat diperlukan terutama dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik serta TVET,” tulis Shamsul Nizam.
Seorang lagi netizen, Alias Acai mengucapkan terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh MARA terhadap pelajar.
“Tahniah Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Insya-Allah anak saya tamat pengajian di Jerman tahun hadapan. Doakan beliau berjaya dengan cemerlang,” katanya.
Dalam pada itu, Bahiyah Ahmad memohon agar Asyraf Wajdi turut meninjau masalah di Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) termasuk isu liputan WiFi di kawasan asrama yang mengganggu proses pembelajaran.
“Anak-anak KMKN amat berharap ‘daddy’ MARA sudi turun mendengar luahan dan harapan mereka,” katanya.
Hantaran tersebut turut disertakan dengan tanda pagar seperti #MerakyatkanMARA, #MARAbelaAnakBangsa dan #HidupBiarBerjasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








