BERITA SEMASAPMX

44 masjid, surau di Indera Mahkota terima sumbangan Ihya’ Ramadan RM196,000

INDERA MAHKOTA – Kerajaan terus memberikan sokongan terhadap aktiviti keagamaan di peringkat akar umbi, khususnya bagi menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba beberapa lagi.

Sokongan tersebut diterjemahkan menerusi sumbangan Ihya’ Ramadan sebanyak RM196,000 kepada wakil badan pengurusan kepada 44 buah masjid dan surau dalam Parlimen Indera Mahkota.

Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, sumbangan itu adalah hasil dukungan dan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada warga Indera Mahkota dalam menyemarakkan aktiviti masjid sepanjang bulan Ramadan.

“Usai solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Sheikh Dr. Ekrima Sa’id Sabri, Imam dan Khatib Masjidil Aqsa bersama hadirin di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar Indera Mahkota, Pahang hari ini.

“Saya telah menghulurkan sumbangan Ihya’ Ramadan sebanyak RM196,000 kepada wakil badan pengurusan kepada 44 buah masjid dan surau dalam Parlimen Indera Mahkota,” katanya dalam satu hantaran yang turut dikongsikan Anwar di Facebook hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button