PERHEBAT laksana CSR, persediaan sambut Ramadan
KUALA LUMPUR – Menjelang ketibaan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) semalam menganjurkan program membaiki dan membersihkan Surau An Nur, Kompleks PERHEBAT di Kem Sungai Buloh, Selangor.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bertujuan menyemarakkan semangat Ramadan sebagai mempersediakan rumah ibadat itu untuk digunakan dengan lebih selesa oleh para jemaah.
Kerja-kerja yang dianggotai oleh tenaga pengajar dan pelatih daripada Bahagian Pengajian Binaan dan Pengajian Mekanikal & Elektrikal itu juga menjadi sebahagian ‘simulasi’ bagi menguji tahap pengetahuan dan kemahiran di lapangan.

PERHEBAT berkata, inisiatif tersebut memanfaatkan kepakaran pengajar dan pelatih PERHEBAT dalam pelbagai bidang untuk menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat.
“Skop kerja yang dilaksanakan merangkumi aktiviti mengindahkan surau seperti mengecat, membaiki bumbung bocor dan sesalur hujan, menyelenggara penyaman udara dan kerja paip serta gotong-royong membersihkan kawasan surau,” menurut kenyataan PERHEBAT hari ini.
Inisiatif CSR itu bukan sahaja memberi impak positif kepada komuniti, malah memperkukuhkan nilai kerjasama dan semangat sukarela dalam kalangan warga PERHEBAT menjelang Ramadan 1446 Hijrah.

| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















