BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki tampar wanita ‘terakam’ dalam Live diburu polis

 

SEPANG – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang menampar seorang wanita dipercayai isterinya di sebuah pasar raya di sekitar Kota Warisan, di sini baru-baru ini.

Tindakan lelaki itu terakam secara tidak sengaja oleh kamera seorang wanita lain yang sedang melakukan ‘Live’ di media sosial dan menjadi tular.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada adik kepada wanita yang ditampar di dalam video berkenaan.

“Pengadu mengaku bahawa wanita yang ditampar adalah kakak kandungnya yang berusia 35 tahun manakala lelaki yang menampar adalah suami kakaknya berusia 50-an,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhizam berkata, polis kini sedang merakam keterangan saksi dan mengesan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mahafiz Mat Lawi di talian 010-2396533,” katanya.

Dalam video yang tular beberapa hari lalu, ‘insiden’ pasangan tersebut terakam secara tidak sengaja melalui siaran Live seorang pengguna media sosial.

Dalam video berdurasi 25 saaat itu, mangsa yang sedang berjalan menuju ke pintu masuk utama pasar raya didatangi seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak perempuan dan terus ditampar suspek.

Kejadian itu turut mendapat perhatian pelayar-pelayar siaran Live sehingga mendapat ulasan ‘hos’ yang pelik dan kasihan dengan kejadian menimpa wanita itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button