Jenayah & Mahkamah

Dua bekas ketua bahagian syarikat getah direman SPRM, dipercayai terima rasuah RM100,000

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini, mengeluarkan perintah reman terhadap dua bekas Ketua Bahagian sebuah syarikat swasta industri getah kerana disyaki menerima rasuah berjumlah lebih RM100,000.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Shazwan Shukor selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Difahamkan, kedua-dua suspek berusia antara 45 dan 80an tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek terlibat masing-masing dipercayai telah meminta daripada kontraktor wang suapan berjumlah kira-kira RM83,000 dan RM50,000 bagi tujuan kontraktor mendapatkan projek pembelian mesin pemotong serta barangan perindustrian getah, antara tahun 2019 hingga 2020.

Suspek berusia sekitar 80an direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 12 Mei manakala seorang lagi suspek berusia 45 tahun direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 13 Mei.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Show More

Related Articles

Back to top button