Berita Semasa

Dalang sebenar kes 1MDB masih bebas – Yana Najib

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Najib Razak yang diarah membela diri terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan hampir RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram sebagai tidak adil.

Kenyataan berkenaan disuarakan anak bekas Persana Menteri itu, Nooryana Najwa yang turut mendakwa dalang sebenar bagi kes 1MDB masih bebas.

Nooryana Najwa berkata, kes berkenaan melibatkan ramai individu dan organisasi, namun hanya bapanya yang dipertanggungjawabkan.

“Kes ini melibatkan institusi kewangan global, kegagalan tadbir urus di setiap peringkat serta melibatkan agensi tempatan dan entiti asing, namun hanya seorang yang dipertanggungjawabkan.

“Ini bukan keadilan. Dalang sebenar kekal bebas,” katanya di Instagram milik beliau.

Semalam, Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membela diri atas 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib

Sementara itu, Nooryana turut menyatakan bahawa dirinya dan keluarga akan terus tabah berdepan situasi terbabit.

“Jangan pernah putus harapan. Ribut menjadikan seseorang lebih kuat dan tidak akan kekal selama-lamanya,” katanya di platform yang sama.

Show More

Related Articles

Back to top button