Berita Semasa

Lima kenderaan rosak diserang gajah

GERIK – Lima buah kenderaan dilaporkan rosak selepas diserang sekawan gajah dalam kejadian di Kilometer 9, Jalan Raya Timur – Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Sungai Lebey, di sini malam tadi.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar pukul 9 malam dan melibatkan kenderaan yang dalam perjalanan dari arah Kelantan ke Gerik.

Insiden itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, namun kenderaan terlibat mengalami kemek pada bahagian kanan dan depan kenderaan.

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff, aduan kejadian itu telah diterima dan siasatan mendapati lokasi kejadian berhampiran Tugu Peringatan JRTB.

“Sepasukan lapan kakitangan Unit Tindakan Gajah (UTG) Daerah Gerik bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat tindakan tembak dan halau bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Gajah liar dikenal pasti daripada ID Kumpulan Temengor yang mempunyai 25 hingga 30 ekor dan menjadikan Hutan Simpan Temengor sebagai kawasan keliaran,” katanya, hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button